Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang
Bila Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) di mulakan baru-baru ni, aku sempat ke kedai buku untuk membeli peralatan pejabat. Yang menarik perhatian aku ialah deretan buku-buku diatas para bertajuk "Tanda-Tanda Kiamat....". Aku rasa lebih 10 jenis dan tajuk berkenan topik ini..
Sungguhpun aku sering terdengar sahabat-sahabat, guru-guru dan pelbagai pengisian dari internet yang membincangkan akan topik akhir zaman dan tanda-tanda kiamat.......akan tetapi, atas sebab yang aku sendiri tak tahu, ianya tidak pernah menarik perhatian aku untuk memahami atau mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Pada aku, tanda-tanda kiamat itu tidak penting. Yang penting kita harus percaya dan beriman akan datangnya hari kiamat. Bila hari kiamat itu tidak relevan. Kita seharusnya sentiasa bersedia menghadapi kematian.
Sekiranya tanda-tanda kiamat ini adalah sesuatu yang perlu kita percaya atau beriman pada, sudah pasti Allah akan menjelaskannya di dalam Al Quran kerana Al Quran itu petunjuk yang sempurna yang diturunkan dengan terperinci.
Surah Al An'aam - 6 ayat 114
Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah
menurunkan kitab (Al Quran) kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah
Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa Al Quran itu
diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali
termasuk orang yang ragu-ragu. Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan
adil. Tidak ada yang dapat merobah robah kalimat-kalimat-Nya dan Dia lah yang
Maha Mendenyar lagi Maha Mengetahui.
Kalau kita benar-benar percaya tanpa ragu-ragu akan ayat-ayat Allah di surah Al An'aam ini, maka sudah pasti jawapan yang dicari juga ada di dalam Al Quran.
Kita Tidak Perlu Beriman atau Percaya kepada Tanda-Tanda Kiamat
Tiada satu ayat pun di dalam Al Quran yang menceritakan mengenai tanda-tanda kiamat. Keimanan dan ketakwaan itu memerlukan kita hanya mempercayai Hari Kiamat. Renung ayat ini.
Surah Al Baqarah -2 ayat 177
Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan
tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian,
malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya
kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan
pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba
sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati
janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan,
penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar
(imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.
Aku ada menerima mesej whatsapp seketika dulu yang mana ayat ini di paparkan dalam bentuk imej dibawah:-
Oleh itu tidak salah kalau dikatakan bahawa Tanda-Tanda Kiamat yang sering di wawarkan ni sebenarnya sesuatu yang tidak dituntut oleh Allah untuk dipercayai.
Bila Hari Kiamat - Pernah di Tanya kepada Nabi Muhammad dan di Jawab
Sungguhpun Allah tidak pernah menuntut untuk kita mempercayai tanda-tanda kiamat, akan tetapi manusia ini tak pernah puas. Manusia masih ingin mengetahui bila kah akan datangnya hari kiamat. Dengan mencipta "tanda-tanda kiamat", seseorang boleh kononnya menganggar pada zaman bila akan berlakunya Kiamat.
Pada zaman Nabi, sahabat-sahabat beliau juga bertanya perkara yang sama dan Allah mengajar Nabi Mohammad menjawab seperti dijelaskan pada Surah Al Araf ayat 187
Surah Al Araf - 7 ayat 187
Mereka menanyakan kepadamu tentang (Saat) kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah:
"Sesungguhnya pengetahuan tentang itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak
seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Amatlah berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Ia tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka bertanya kepadamu
seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya
pengetahuan tentangnya adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui."
Dari hanya satu ayat diatas menolak semua kepercayaan mengnyaenai tanda-tanda kiamat yang sering di warwarkan seolah-olah ianya sebahagian dari keimanan seperti berikut:-
(i) Tiada Seorangpun Dapat Menjelaskan Waktu Kedatangannya
Apabila seseorang cuba menjelaskan tanda-tanda kiamat, ini bermakna beliau cuba menganggarkan waktu kedatangan hari kiamat itu. Mungkin mereka tidak boleh menentukan secara tepat hari dan waktu, tetapi pelbagai cubaan di dalam buku-buku ini dan ceramah-ceramah di Youtube menganggarkan kiamat sudah dekat dan ada pula yang memberi anggaran ratusan atau puluhan tahun dari sekarang.
Ini jelas bercanggah dengan apa yang Allah ajar pada Nabi Muhammad dalam ayat 187 Surah Al Araf di atas.
Jika Allah berfirman tiada yang boleh menjelaskan, maka tiada sesiapa pun boleh menjelaskan, termasuklah tanda-tanda kiamat itu sendiri.
(ii) Tidak Akan Datang Melainkan dengan Tiba-Tiba
Kiamat akan datang dengan tiba-tiba tanpa amaran. Ini juga bermakna tanpa tanda-tanda, baik besar, kecil, jauh atau hampir.
Ayat ini amat jelas sekali mesej dari Allah. Aku tak tahu bagaimana nak menghuraikannya lagi dan bagaimana seseorang masih boleh mengatakan adanya tanda-tanda kiamat selepas membaca ayat ini.
(iii) Mereka Terus Bertanya Seolah Nabi Muhammad Mengetahuinya
Dalam ayat ini Allah mengetahui akan perangai manusia yang tidak akan puas hati dengan penjelasan Nabi kepada mereka dan akan terus bertanya kepada beliau seolah-olah beliau tahu..
Dan sekali lagi Allah mengajar Nabi Muhammad untuk menjawab "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
Di sini juga jelas bahawa bukan sahaja manusia tidak boleh menjelaskan, malah Nabi Muhammad sendiri tidak akan dapat menjelaskan bila hari Kiamat yang akan datang dengan tiba-tiba itu....Ini termasuklah tanda-tanda kiamat, kerana sekiranya beliau boleh menjelaskan tanda-tanda kiamat, ini bermakna beliau boleh menganggarkan waktu dan bercanggah dengan ajaran Allah.
(iv) Kebanyakkan Manusia Tidak Mengetahui
Perangai manusia yang terus bertanya "Bila kah Kiamat" ini berterusan hingga ke hari ini, dan "tanda-tanda Kiamat" merupakan jawapan yang dapat memuaskan hati mereka....
Soalan tanda-tanda kiamat ini adalah soalan "favourite" di mana-mana ceramah umum dan majlis ilmu.
Pada akhir ayat 187 Surah Al Araf ini, Allah menerangkan bahawa, mereka yang sering bertanya sesudah diberi jawapan yang jelas bahawa "pengetahuan Kiamat hanya disisi Allah" adalah mereka yang tidak mengetahui. Dan mereka ini adalah merupakan kebanyakkan daripada manusia...
Oleh itu, sekiranya kita masih lagi bertanyakan akan tanda-tanda kiamat iaitu anggaran waktu kedatangannya, maka kita sebenarnya tergolong di kalangan mereka yang tidak mengetahui dengan apa yang Allah telah jelaskan di dalam ayat ini.
Kita Ada Pilihan - Menjadi Kebanyakkan Manusia atau Tidak
Apa yang Allah jelaskan di dalam ayat ini sememangnya berlaku sehingga kini dan oleh itu kita dapati kebanyakkan manusia masih lagi menafikan ayat ini dan mencari tanda-tanda kiamat.
Allah juga menjelaskan sekiranya kita mengikuti kebanyakkan manusia, kita akan tersesat dan akan mengikut prasangka sahaja seperti tanda-tanda kiamat dan lain-lain lagi. Surah Al An'aam untuk di renungi...
Surah Al An'aam - 6 ayat 116
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)[
Dengan beriman kepada buku-buku dan penulisan selain dari Allah, manusia sebenarnya menafikan penjelasan Allah kerana gagal memahami ayat-ayatNya. ( Baca juga Khatam atau Faham )
Kita punya pilihan samada mahu menjadi kebanyakkan manusia yang mengikut prasangka belaka dan berdusta terhadap Allah atau yang beriman kepada apa yang dituntut oleh Allah seperti ayat 177 Surah Al Baqarah diatas.
Pilihan adalah......Atahmu.
Moga dikurniai petunjuk.
No comments:
Post a Comment