Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang
Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan.
Untuk mengaut keuntungan berlipat ganda, pelbagai sistem ekonomi yang inovatif diwujudkan untuk tujuan ini. Bermula dengan penggunaan matawang fiat, perdagangan pasaran modal, sistem perbankan kredit, perdagangan kontrak derivatif, pembiayaan berstruktur, malah sistem pembelajaran disekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi itu sendiri.
Aku tidak bercadang untuk menghuraikan setiap sistem ekonomi ini secara terperinci akan tetapi akan cuba mengupas sebaik boleh bahawa kapitalisme secara keseluruhannya bertentangan dengan sistem ajaran Allah.
(i) Sistem Matawang Fiat
Sebelum adanya matawang kertas kini, jual beli adalah berdasarkan sistem barter iaitu pertukaran perkhidmatan dan barangan dengan perkhidmatan dan barangan yang lain yang mana nilai pertukaran adalah berdasarkan rundingan.
Emas dan perak kemudiannya dileburkan dan dijadikan medium pertukaran jual beli. Emas dan perak adalah logam bernilai yang boleh dilebur semula untuk dibentuk menjadi pelbagai perkakasan dan hiasan. Ianya adalah harta yang nyata yang boleh dinilaikan.
Akan tetapi, ianya tidak mencukupi untuk manusia. Sistem perbankan diwujudkan menggantikan emas dan perak dengan wang kertas fiat. Sungguhpun pada asalnya wang kertas ini bersandarkan nilai emas atau perak yang disimpan dibank, akan tetapi bank pula mula mengeluarkan wang kertas sendiri dengan meminjam emas atau perak yang disimpan untuk memberi pinjaman kepada yang lain. Proses mengeluarkan wang kertas ini berlaku secara berterusan yang mana pinjaman diwujudkan diatas pinjaman yang lain sehingga pada saat ini setiap wang kertas sebenarnya tidak lagi bersandarkan emas, perak atau sebarang harta bernilai, tetapi sebaliknya hutang atau pinjaman yang berganda-ganda.
Oleh itu, apakah nilai sebenar matawang kertas itu. Malah terdapat banyak bank dari seluruh dunia mengeluarkan matawang masing-masing. Berjustifikasikan kawalan nilai matawang, pasaran matawang diwujudkan didunia. Akan tetapi, pasaran ini sebenarnya tidak berusan dengan matawang secara fizikal tetapi hanyalah kepingan kertas kontrak jual beli matawang. Tiada pergerakkan matawang secara fizikal diantara pembeli dan penjual, tetapi pedagang matawang di pasaran ini mempengaruhi nilai sesuatu matawang manakala pedagang matawang meraih keuntungan atas angin.
Secara zahirnya, wang kertas yang kita percayai mempunyai nilai sebenarnya adalah lapisan hutang yang bertindih-tindih dan perdagangan matawang pula adalah perdagangan palsu.
Oleh itu sebarang keuntungan yang diperolehi menggunakan matawang fiat dan keuntungan perdagangan pasaran matawang adalah sebenarnya keuntungan yang diperolehi secara palsu. Inilah sistem matawang dan perbankan yang dicipta oleh kapitalis.
(ii) Pasaran Modal/Saham
Nilai sesebuah syarikat secara asasnya bergantung kepada nilai bersih harta syarikat tersebut iaitu sekiranya kesemua aset dicairkan dan segala hutang dan pinjaman diselesaikan, maka nilai bersih yang tinggal adalah nilai sebenar syarikat tersebut.
Akan tetapi dalam sistem kapitalis, penjual ingin meraih keuntungan melebihi daripada nilai sebenar syarikat ketika jual beli dilakukan. Oleh itu satu lagi kaedah penilaian syarikat diperkenalkan iaitu berdasarkan keupayaan syarikat untuk menghasilkan kekayaan dimasa hadapan dan digandakan dengan berkali-kali ganda. Untuk memenuhi kerakusan meraih keuntungan melebihi dari nilai sebenar ini, pasaran saham/modal diwujudkan yang mana nilai sesebuah syarikat itu didagangkan pada nilai yang berganda-ganda sehingga beratusan kali dari keuntungan syarikat.
Pada masa kini, kita mendapati malah syarikat yang memperolehi kerugian berbillion ringgit dan tidak mampu membayar dividen juga diniaga pada nilai yang tinggi. Dengan itu, perdagang saham tidak perlu menunggu agihan keuntungan syarikat tetapi masih boleh meraih keuntungan secara palsu melalui pasaran saham.
Contohnya harga saham Microsoft kini dijual pada harga 30 kali ganda daripada keuntungan syarikat. Ini bermakna pembeli syarikat perlu menunggu 30 tahun untuk mendapatkan semula modal harga pembelian.
Kaedah ini jelas yang mana pemalsuan nilai ini adalah di mana penjual memperolehi keuntungan berganda - ganda.
(iii) Pasaran Derivatif
Perniagaan iaitu jual beli perkhidmatan dan barangan adalah digalakkan didalam Islam. Akan tetapi didalam sistem kapitalis terdapat satu lagi jenis perniagaan yang tidak melibatkan pertukaran barangan atau perkhidmatan, tetapi sebaliknya berdasarkan hanyalah kontrak masa hadapan atau kontrak berlabelkan sesuatu komoditi. Malah terdapat juga perdagangan kontrak yang berdasarkan hanya index. Pasaran yang memperdagangkan kontrak ini dikenali juga sebagai pasaran derivatif.
Secara dasarnya juga, keuntungan yang diperolehi daripada pasaran ini adalah keuntungan atas angin atau diperolehi secara palsu. Contoh-contoh pasaran derivatif adalah pasaran matawang hadapan, pasaran opsyen, pasaran komoditi dan lain-lain lagi.
(iv) Sistem Pembelajaran
Sistem pembelajaran kapitalis juga mempengaruhi bagaimana seseorang itu menjalankan kehidupan di masa hadapan. Dari zaman sekolah lagi kita diajar untuk berjaya didalam kehidupan, seseorang itu haruslah mempunyai, harta, kedudukan dan kuasa. Dengan pembelajaran begini, secara beransur-beransur membentuk sebuah masyarakat yang berlandaskan ketamakan harta serta kerakusan kedudukan dan kuasa.
Riba Menurut Al Quran
Riba dari segi bahasa bermaksud "pertambahan". Allah mengharamkan riba atau pertambahan ini.
Surah Al Baqarah - 2 ayat 275
Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.
Mengambil Riba atau Pertambahan yang bagaimanakah yang dimaksudkan disini? Seperti yang kita tahu, dalam perniagaan, sudah tentu ada pertambahan dari kos yang dikenali sebagai "keuntungan". Kalau tak ada pertambahan, maka tak ada keuntungan. Oleh itu mereka yang cuba membenarkan riba akan mengatakan pertambahan di dalam perniagaan iaitu keuntungan adalah sama dengan riba.
Al Quran yang menjelaskan segala sesuatu menjelaskan maksud pertambahan ini. Ayat-ayat seterusnya untuk direnungi:-
Surah An Nissa - 4 ayat 160 - 161
Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, kami haramkan atas yang baik-baik (yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka, dan karena mereka banyak menghalangi (manusia) dari jalan Allah, dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan karena mereka memakan harta benda orang dengan jalan yang palsu/batil. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih.
Memakan harta yang bukannya hak atau mengaut keuntungan dengan cara yang palsu adalah pertambahan atau riba yang diharam oleh Allah. Ini berbeza dengan perniagaan yang dipersetujui secara suka sama suka. Ayat seterusnya untuk direnungi:-
Surah An Nissa - 4 ayat 29
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang.
Ini boleh dikaitkan dengan berbagai bentuk pemalsuan dan memakan secara batil di dalam dunia perniagaan kini. Keuntungan dari menjual barangan tiruan contohnya adalah suatu pertambahan atau riba. Memanipulasikan akaun untuk tujuan melarikan diri dari membayar cukai juga adalah pertambaha secara batil dan riba. Memenangi tender secara tidak adil atau melalui rasuah juga ada suatu bentuk riba yang mana keuntungan dari projek yang dimenangi itu adalah tambahan secara palsu atau batil.
Dalam kes rasuah pula, bukan sahaja sipenerima menerima pertambahan secara palsu dan dianggap riba, malah yang memberi rasuah juga dilarang oleh Allah. Ayat-ayat Allah menjelaskan:-
Surah Ar Rum - 30 ayat 39
Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya).
Selain daripada riba dalam bentuk memakan secara batil, mengaut pertambahan berganda-ganda melebihi dari yang sepatutnya juga dilarang Allah dan dianggap riba.
Surah Al Imran - 3 ayat 130
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan.
Pada pendapat aku, berpandukan ayat ini keuntungan yang berlipat kali ganda melebihi dari kebiasaan juga merupa riba yang dilarang Allah. Contohnya sekiranya untuk kasar penjualan sesuatu produk itu ialah 35% akan tetapi sesebuah perniagaan itu meraih keuntungan 300%, maka keuntungan yang berlipat ganda itu juga ada riba disisi Allah. Kebiasaannya, keuntungan yang sebegini hanya boleh diraih sekiranya terdapat elemen-elemen yang bukannya dari transaksi "arm's length".
Kapitalisme dan Riba
Berdasarkan ayat-ayat diatas, riba boleh di rumuskan sebagai sebarang keuntungan atau perolehan yang di perolehi secara batil atau palsu atau keuntungan yang diperolehi berganda-ganda dari kebiasan.
Dengan itu, antara aktiviti-aktiviti riba termasuklah:-
Didalam sistem kapitalisme, matawang fiat yang digunakan dalam urusan perniagaan sebenarnya tiada mempunya nilai yang nyata. Oleh itu, keuntungan melalui penggunaan matawang ini sebenarnya adalah palsu.
Sungguhpun begitu, samada ianya adalah riba adalah sesuatu yang masih dipertikaikan. Ini adalah kerana transaksi-transaksi ini dijalankan atas suka sama suka.
Akan tetapi, aktiviti-aktiviti di pasaran saham pula adalah jelas bahawa, ianya adalah suatu pemalsuan. Adalah tidak munasabah saham sesebuah syarikat di niagakan sehingga 30 kali ganda keuntungan syarikat tersebut. Ini bukan sahaja memakan secara palsu malah meraih keuntungan berganda-ganda.
Begitu juga dengan Pasaran Derivatif. Di pasaran-pasaran ini, hanya nama dan label produk di gunakan seolah-olah pernigaan melibatkan produk-produk tersebut seperti matawang, soya, koko, minyak mentah, emas dan perak. Akan tetapi pada hakikatnya, tiada pertukaran atau pergerakan produk-produk ini berlaku. Oleh itu, sebarang keuntungan darinya diperolehi secara palsu atau batil.
Seperti dinyatakan diatas, kesemua sistem-sistem ini di reka untuk tujuan memenuhi nafsu kapitalis untuk mengaut keuntungan sugguhpun peniaga pada hakikatnya tidak berurusan langsung dengan produk-produk ini.
Riba dan Perbankan Islam
Kita pula difahami bahawa faedah atau "interest" pinjaman bank adalah suatu pertambahan berunsur "riba".
Pada pendapat aku, salah satu daripada aktiviti perniagaan bank adalah memberi pinjaman. Untuk meraih keuntungan dari perkhidmatan pinjaman tersebut, bank mengenakan faedah atau interest keatas pinjaman pada kadar yang dipersetujui oleh kedua pihak. Kos bunga bergantung kepada berapa lama pinjaman perlu dibayar balik. Lebih lama, maka lebih banyak bunga perlu dibayar.
Pada pendapat aku, faedah bank adalah transaksi "arm's length" yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak untuk perkhidmatan yang diberikan oleh bank. Keuntungan dari faedah ini digunakan untuk membayar semua perbelanjaan yang diperlukan termasuk untuk membayar gaji kepada pekerja bank yang bekerja untuk bank, dan mungkin kembali kepada masyarakat dalam bentuk zakat dan lain-lain. Tidak ada yang "palsu" atau batil mengenainya.
Oleh kerana kepercayaan bahawa faedah itu riba, para ahli perbankan islam telah mencipta pelbagai kaedah supaya bank kononnya masih boleh memberi pinjaman dan mengaut keuntungan tetapi ianya tidak dianggap riba dan halal. Perbankan yang mengamalkan kaedah-kaedah ini di label kan sebagai "Islamic Bank" atau Perbankan Islam.
Secara peribadi aku berpendapat kaedah-kaedah yang di labelkan sebagai Islamic ini adalah lebih batil dan berunsur riba berbanding dengan perbankan konvensional.

(i) Rasuah
(ii) Keuntungan perniagaan yang bukannya "arms length"
(iii) Penipuan di dalam perniagaan
(iv) Keuntungan berganda-ganda yang tidak masuk akal
(v) Mengambil hak yang lain di dalam perniagaan
(vi) Dan lain-lain

Didalam konsep Musharakah Berkurangan atau "Diminishing Musharakah", untuk pembiayaan membeli rumah contohnya, pihak bank akan membeli rumah tersebut dan kemudiannya menjual semula kepada peminjam melalui perjanjian kerjasama yang mana peminjam membayar secara ansuran dan menambah peratusan equiti pemilikan rumah tersebut. Akan tetapi, penjualan semula kepada peminjam bukanlah pada harga pasaran, tetapi pada harga berlipat kali ganda dari harga asal yang mana tiada sesiapa dalam keadaan akal yang waras akan bersetuju untuk menandangi perjanjian kerjasama tersebut. Kaedah ini jelas suatu pemalsuan yang mana pihak bank membuat keuntungan berlipat kali ganda. Ini adalah riba berdasarkan penjelasan Al Quran di atas.
Dalam perbankan konvensional, seseorang hanya mungkin perlu menandatangi satu atau dua perjanjian. Akan tetapi di dalam Perbankan Islam seseorang perlu menandatangani kadang-kadang sehingga lima atau lebih perjanjian hanya untuk memenuhi syarat yang kononnya adalah halal and patuh syariah.
Sheikh Imran Hosein menjelaskan kaedah penipuan ini sebagai Riba Pintu Belakang atau "Backdoor Riba".
Kaedah-kaedah lain yang menggunakan tawaruq juga adalah menggunakan konsep yang sama.
Malah terdapat banyak kaedah perbankan Islam ini menyebabkan peminjam sebenarnya membayar lebihan yang lebih tinggi daripada perbankan konvensional. Akan tetapi kita difahamkan ini adalah dibenarkan kerana ianya "halal".
Kadang-kadang terlintas juga dengan siapakah para cerdik pandai perbankan Islam ini ingin perbodohkan. Adakah Allah?
Seperti biasa, aku yakin ramai yang tidak setuju pendapat ini. Maka terpulanglah....Atahmu.
Moga dikurnai petunjuk.
Wasslam,
Moga dikurnai petunjuk.
Wasslam,
No comments:
Post a Comment