Thursday, July 2, 2020

Hijab dan Perogol - Apa Kaitannya??

Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang

Kebelakangan ini "trending" cerita mengenai bahawa antara penyebab berlakunya kes rogol disebabkan terdapat ramai yang bertudung tapi selfie seperti kucing mengawan.

Mengenai kes rogol di Malaysia, berdasarkan statistik Polis Bukit Aman dari tahun 2015-2017, seperti carta berikut:-



Berdasarkan statistik laporan kes-kes rogol di atas, hanya lebih kurang 11% dilakukan oleh orang asing manakala 89% adalah dari kalangan kenalan mangsa. Berdasarkan ulasan-ulasan carta tersebut, punca kes-kes rogol ini boleh dikategorikan seperti berikut:-

(i)      perhubungan seks sukarela dibawah umur. Ini adalah kes-kes rogol berkanun atau "statutory rape" yang mana tidak kira samada seks dilakukan secara sukarela, ianya dianggap rogol dibawah undang-undang berkanun oleh kerana pelaku adalah dibawah umur.

(ii)      mangsa melapurkan kes rogol disebabkan hubungan yang retak dengan kekasih atau  dilapurkan oleh keluarga setelah mendapati anak perempuan mereka mengandung di luar nikah

(iii)    sumbang mahram yang mana kebanyakkan mangsa terdiri daripada kanak-kanak yang masih tidak memahami yang baik dan yang buruk.

(iv)     rogol secara paksa oleh orang yang tidak dikenali yang menglibatkan kecederaan dan ada juga pembunuhan.

Pada pendapat aku kes (i) adalah berpunca dari didikan keluarga dan pengaruh luaran yang kuat yang menyebab pelaku tidak merasa perlakuan mereka itu "berdosa", tidak bermoral dan salah disisi undang-undang.

Kes (ii) pula adalah berpunca dari tekanan diri, keluarga, sahabat dan masyarakat keliling. Kebanyakkan kes-kes ini samada disingkir oleh mahkamah atau pihak berkuasa itu sendiri sebagai bukan kes rogol.

Kes (iii) adalah kes keji yang secara umumnya adalah penyakit jiwa dan mental sipelaku. Kebanyakkan kes-kes ini berakhir dengan sipelaku didapati bersalah dan menerima hukuman dari mahkamah.

Kes (iv) juga dilakukan oleh indivdu-individu berpenyakit jiwa dan mental dan kebanyakkan juga berakhir dengan hukuman mahkamah.

Persoalannya, apa kaitan kes-kes ini dengan wanita bertudung mengambil selfie atau photo seperti kucing mengawan??

Di dalam trending terkini ayat-ayat Al Quran di gunakan sebagai hujah bagi mengaitkan kes-kes rogol ini dengan pemakaian hijab atau tudung kepala.

Surah An Nur - 24 ayat 30-31
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Keseluruhan ayat ini menyuruh Nabi Muhammad memberitahu kepada lelaki dan perempuan yang beriman, iaitu yang percaya kepada Allah agar menahan pandangan serta menjaga nafsu agar tidak melakukan perkara-perkara sumbang. Menahan pandangan disini bermaksud pandangan yang menaikkan nafsu. Pandangan yang menaikkan nafsu pula berbeza diantara satu individu dengan individu yang lain. Seseorang individu itu, baik lelaki atau perempuan lebih mengetahui pandangan yang bagaimana yang boleh menaik nafsu mereka. Oleh itu adalah tanggungjawab setiap individu, lelaki dan perempuan untuk menahan pandangan dan juga nafsu seks mereka.

Ayat tersebut seterusnya menyuruh perempuan supaya menyembunyikan perhiasannya melainkan yang biasa nampak. Pada hemat aku perhiasan disini bermaksud bahagian-bahagian badan yang dianggap cantik atau boleh menaikkan nafsu lelaki secara umumnya . Bahagian yang biasa nampak pula tidak dihuraikan disini. Secara amnya bahagian-bahagian yang perlu dicuci atau berwuduk iaitu, tangan, kaki, muka dan kepala adalah bahagian yang biasa terdedah dan perlu dicuci sebelum bersolat. Sila rujuk Surah Al Maidah ayat 6.

Bahagian dada perempuan pula dikehendaki di tutup secara khusus dengan kain "khumur" atau dalam tradisi Melayu ialah kain selendang. Pada hemat aku ini bertujuan menyembunyikan bentuk tubuh perempuan dibahagian dada dengan lapisan kain tambahan. Akan tetapi ini tidak diwajibkan sekiranya berada dikalangan lelaki yang tersenarai secara terperinci didalam ayat ini seperti suami, bapa, bapa mertua, datuk, anak-anak lelaki dan lain-lain lagi.

Ayat ini seterusnya memberi perumpamaan agar perempuan juga tidak melakukan perkara-perkara dengan sengaja yang menarik perhatian lelaki sehingga  perhiasan atau perkara-perkara yang rahsia bagi perempuan itu diketahui.

Dari ayat ini jelas adalah tanggungjawab setiap individu itu untuk menahan nafsu seks mereka agar tidak terjerumus melakukan perkara sumbang seperti zina dan rogol. Bagi pihak perempuan pula adalah tanggungjawab mereka juga untuk menutup bahagian dada dengan lapisan kain tambahan apabila berada dikalangan lelaki yang tidak tersenarai di dalam ayat ini. Mereka juga dilarang dari melakukan perkara-perkara yand boleh mengambil perhatian lelaki sehingga mereka mengetahui rahsia yang tersembunyi pada perempuan tersebut.

Adakah mengambil foto atau selfie dalam keadaan menghairahkan dianggap melakukan perkara yang mengambil perhatian lelaki? Secara amnya ia boleh dianggap sedemikian. Akan tetapi larangan ini adalah keatas dirinya sendiri dan tiada kaitan sekiranya lelaki yang melihat perbuatan tersebut dan melakukan perkara sumbang bersama atau keatas perempuan lain kerana tanggungjawab menahan nafsu itu sendiri adalah seruan keatas dirinya sendiri.

Seseorang yang berdosa pula tidak memikul dosa orang lain yang disebabkan oleh dosa yang dia lakukan oleh dirinya sendiri dan sebaliknya...Surah Al Fathir ayat 18 menjelaskan seoerti berikut:-

Surah Al Fathir - 35 ayat 18
Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosanya itu tiadalah akan dipikulkan untuknya sedikitpun meskipun kaum kerabatnya......

Berdasar fakta-fakta serta huraian ayat-ayat Al Quran diatas, sungguhpun perbuatan mengambil perhatian lelaki itu dilarang Allah, akan tetapi perempuan tersebut tidak memikul atau bertanggunjawab ke atas perbuatan lelaki yang memandang dan tidak dapat menahan nafsu seks mereka lalu melakukan perbuatan sumbang dan dosa.

Perogol seperti perbuatan dosa dan jenayah lain berpunca dari pelbagai faktor, didikan, kejahilan, pengaruh negatif dari kenalan, keluarga, tempat kerja dan masyarakat dan lain-lain.

Perogol pula terdiri dari mereka-mereka yang mempunyai penyakit jiwa dan mental sehingga sanggup melakukan sumbang mahram dan seks tanpa rela secara paksa, ganas dan ada sehingga berakhir dengan pembunuhan.

Surah An Nur ayat 31 menggambarkan bagaimana manusia normal tidak akan melakukan sumbang mahram yang mana Allah membenarkan dada wanita tidak perlu ditutup dengan lapisan kain tambahan apabila berada dengan ahli keluarga dan kerabat.

Seperti trending terkini, ada yang menyokong dan ada yang menolak pendapat kaitan perogol dan memakai tudung tapi ambil foto seperti kucing mengawan....Atahmu lah...

Sebagai nota kaki, renungi ayat ini:-

Surah Al A'raf - 7 ayat 146
Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat(Ku), mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mau menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus memenempuhnya. Yang demikian itu adalah karena mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai dari padanya. 

Moga dikurnai PetunjukNya.

No comments:

Post a Comment

Credit Transactions According to Al Quran

  In the Name of God, Most Gracious, Most Merciful We often hear words like "Shariah Compliant" or "Shariah Compliance" ...