Sunday, May 3, 2020

Perpecahan Di Dalam Agama - Al Quran Menjelaskan

Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang

Semua Manusia Ingin ke Syurga

Saya berbicara dengan seorang sahabat dan tiba-tiba persoalan tentang agama timbul. Saya bertanya samada beliau penganut agama Nasrani (Kristian). Dengan pantas seolah-olah menolak sangkaan saya dan menyatakan bahawa dia adalah penganut setia Katolik.

Katolik dan Protestant adalah dua cabang besar agama Kristian. Katolik dan Protestant pula mempunyai cabang-cabang lain dibawahnya berdasarkan gereja dan fahaman para ulamak mereka yang berlainan.

Secara amnya, semua agama dan cabang-cabang agama tersebut menyatakan mereka lah yang benar dan hanya pengikut-pengikut mereka sahaja lah yang akan ke syurga. Secara ringkasnya, perbezaan aliran ini bermotivasikan keinginan manusia itu untuk masuk ke syurga.

Yahudi menyatakan mereka adalah umat pilihan Allah. Nasrani (Kristian) juga mempercayai yang sedemikian. Islam juga tidak terkecuali.

Isu perbalahan ini  sudah ribuan tahun dan mungkin akan berterusan ribuan tahun akan datang.
.
Semuanya Bermula dari Islam yang Diturunkan kepada Ibrahim

Yang jelas, samada ianya dilabelkan Yahudi, Nasrani, Zionist, Katolik, Protestant, Islam, Sunni, Syiah dan ribuan lagi, kesemuanya berasal dari agama yang satu yang diredhai Allah, iaitu Islam yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim.

Surah 03:19  "Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam"

Islam yang dimaksudkan pula adalah agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim yang menjadi ikutan nabi2 dan rasul2 selepas itu termasuklah Nabi Muhammad.

Surah Al Hajj 78 "Dia telah memilih kamu (Muhammad) dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. IKUTILAH AGAMA ORANG TUA MU IBRAHIM. Dia (Allah) TELAH MENAMAI KAMU SEKELIAN ORANG-ORANG MUSLIM DARI DAHULU, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia,"

Bermula dengan kalimah "Aslam tul lirabbil 'alamin" (Aku tunduk dan patuh kepada Tuhan sekelian alam) yang menjadi wasiat nabi Ibrahim dan asas agama Islam itu sendiri, Islam menuntut untuk penghikutnya mempercayai atau beriman Hanya kepada Allah...."La illaha illahu" (Tiada Tuhan melainkan Dia)

Surah Al Baqarah 131-132 "Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam". Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". 

Sebagai orang Mukmin, kita dituntut untuk beriman dengan apa yang diturunkan kepada semua nabi2 tanpa membeza-bezakan SEORANGPUN daripada mereka.

Surah Al Baqarah 136
Katakanlah (hai orang-orang mukmin): "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun diantara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya"

Surah Al Maidah 68
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil, dan Al Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu." Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu. 

Islam Berpecah kerana Taksub kepada Idola

Agama Islam yang satu yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim berpecah menjadi berbagai. Perpecahan yang besar yang terjadi adalah agama Yahudi, Kristian dan Islam Nabi Muhammad....

Isu perpecahan dalam agama Islam ini bermula apabila ahli2 kitab itu mengingkari ayat2 Allah dan bergantung serta beriman kepada tulisan2 yang lain yang ditulis oleh idola2 mereka.

Torah dengan Talmudnya...Injil dengan New Testamentnya dan Al Quran dengan kitab2 imamnya.

Dari situ pula  Yahudi atau Judaism berpecah menjadi kelompok Zionist,  Kristian kepada Katholik dan Protestant dan Islam kepada Sunni dan Syiah.

Kesemuanya mempertahankan tulisan2 idola2 mereka disamping Kitab2 Allah.

Kesemuanya juga membawa message yg sama dalam ajaran masing-masing...iaitu..."Tak boleh faham Torah tanpa Talmud"..."Tak bole faham Injil tanpa New Testament" dan "Tak bole Faham Al Quran tanpa kitab-kitab"

Disebabkan oleh tulisan-tulisan ini. Agama yang satu yang suci dari Allah dicemari dengan ayat-ayat yang dikatakan datang dari Allah, padahal tidak.

Surah El Imran 78
"Sesungguhnya diantara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab dan mereka mengatakan: "Ia (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah", padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui."

Mereka akan merasa bangga dengan penulisan2 ini berteraskan idola2 mereka seperti Uzair, Paul, John dan lain-lain imam selepas Nabi Muhamad.

Melalui peredaran zaman, lebih banyak idola2 ini muncul dan pengikut mereka merasa bangga dan berpecah lagi menjadi beratusan malah ribuan kelompok.

Surah Al Mukminuun 52.-53
"Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku. Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing)."

Dari pecahan itu berpecah lagi menjadi sects dan mazhab2 berpandukan idola2 yg muncul selepas nabi2 yg membawa ayat2 Allah....

Akan tetapi semuanya bermula dengan kalimah "La illa ha illallah" atau "La illa ha illahu"...

Kesemuanya percaya aliran mereka lah yang benar yang akan membawa ke syurga...dan idola2 mereka akan membantu mereka diakhirat nanti.

Yg extremist seperti Zionist dan extremist Islam kini malah menghalalkan darah yg lain hingga sanggup membunuh....malah ada yg membunuh kanak2 dan wanita demi ketaksuban kepada idola2 ini.

Nabi Muhammad Tiada ada Kena Mengena dengan Perpecahan di dalam Agama

Allah juga mengatakan bahawa mereka yang membahagikan agama mereka kepada beberapa golongan, bahawa Nabi Muhammad bukanlah sebagian daripada itu....atau ianya tidak ada kena mengena dengan Nabi Muhammad seperti yang kini difahami oleh Ahli Sunah.

Surah Al Annam 159
"Bagi orang orang yang membahagikan agama mereka dan memecahkan kepada golongan-golongan, maka engkau tidak daripada mereka dalam apa-apa pun: Urusan mereka dengan Allah: Dia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka telah lakukan."

Berdasarkan ayat ini, jelas bahawa Nabi Muhammad tidak ada  kaitan dengan semua bahagian dan perpecahan. Namun, kita semua menuntut kita Umat Muhammad ...

Perpecahan Dalam Agama kepada Bergolongan adalah Syirik

Di dalam Al Quran, perpecahan agama adalah salah satu ciri2 syirik kerana disamping beriman kepada Allah, keimanan kepada idola2 ini lebih pekat hingga sanggup mendustakan ayat2 Allah.

Surah Ar Ruum 31-32
"...janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka." 

Seperti Yahudi tanpa Talmud dan Kristian tanpa New Testament...mereka juga dianggap sesat oleh rahib2 dan pendita mereka masing.

Pada pendapat aku...tactic yg sama digunakan oleh syaitan agar manusia memaling dari ayat2 Allah tanpa kita sedari...

Tanyalah kepada mana-mana Yahudi sekiranya mereka membaca dan memahami Torah, Kristian samada mereka membaca serta mengamalkan apa yang diajar didalam Injil.....

Apabila kita secara berterusan mengabaikan ayat2 Allah dan mempercayai tulisan2 lain yang ditulis oleh idola2, maka Allah secara beransur-ansur akan menyesatkan kita. Dan mempercayai tulisan-tulisan ini disamping Allah, adalah perbuatan syirik yang kebanyakkan kita tidak sedari.

Surah Al Qalam 44
"Maka serahkanlah (ya Muhammad) kepada-Ku (urusan) orang-orang yang mendustakan perkataan ini (Al Quran). Nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui, "

Al Araf 182
" Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan berangaur-angsur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui. "

Secara amnya, mereka yang sudah pekat kepercayaan kepada tulisan-tulisan ini serta tunduk dengan ajaran idola-idola mereka akan merasa tidak senang sekiranya hanya Allah serta ayat-ayatNya disebut. Akan tetapi merasa lega apabila idola-idola mereka disebut bersama Allah.

Az Zumar 45
"Dan apabila yang disebut hanya nama Allah, kesal sekali hati orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat. Namun apabila nama-nama sembahan selain Allah yang disebut, tiba-tiba mereka menjadi bergembira"

Bagi kebanyakkan yang diberi kitab, baik yang berlabelkan Yahudi, Kristian maupun Islam, yang setelah sekian lama berpandukan kepercayaan daripada penulisan idola-idola, memang sukar untuk hanya berpandukan ayat-ayat Allah sebagai petunjuk.

Mereka yang hanya berpandukan ayat-ayat Allah pula dilabelkan sebagai kafir, murtad dan berbagai lagi. Perjuangan Nabi Muhammad sehingga kemangkatan beliau tidak lain hanyalah untuk menegakkan ayat-ayat Allah yang telah tercemar dari generasi ke generasi sebelum beliau.

Surah Al Maidah 68
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil, dan Al Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu." Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu. 

Akhir sekali, Kitab Allah itu sempurna dan kebanyakkan orang akan kata begitu. Akan tetapi apabila terdapat conflict diantara ayat-ayat Allah dengan tulisan-tulisan selain dari Kitab Allah, maka hati kebanyakkan orang akan cenderung kepada tulisan idola-idola mereka ini.

Ayat berikut menyatakan di mana manusia tidak patut berpandukan petunjuk selain dari Kitab Allah yang diturunkan dengan TERPERINCI. Akan tetapi kebanyakkan masih RAGU-RAGU sungguhpun mereka mengetahui Al Quran itu terperinci. Allah juga menekankan bahawa Al Quran itu sudah SEMPURNA. Dan jika kita mengikuti kebanyakkan orang, iaini yang berpandukan selain Al Quran, maka kita akan sesat kerana apa yang kita ikut hanyalah sangkaan baik sahaja dan bukannya petunjuk Allah.

Sekadar renungan.

Surah Al- Annam ayat 114-116
Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (Al Quran) kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa Al Quran itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merobah robah kalimat-kalimat-Nya dan Dia lah yang Maha Mendenyar lagi Maha Mengetahui. Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta

Sering aku ditanya apakah mahzab yang aku ikut. Jawapan aku..."Mahzab Islam".

Nak ikut atau tidak.....Atahmu.

Moga diberi Petunjuk

2 comments:

  1. Nabi Muhammad adalah nabi yang diutuskan untuk umat ini. Sejak dahulu, nabi-nabi diutuskan kepada kaum mereka dengan tujuan mentauhidkan Allah. Agama dan aqidah yang mereka bawa adalah satu iaitu Islam. Adapun syariat, maka ia berbeza. Sebagai contoh, pada zaman Nabi Adam AS dibolehkan berkahwin sesama adik beradik.

    Berkenaan agama yang ada pula, sebagai orang Islam, kita perlu yakin Islam adalah satu-satunya agama yang benar. Saudari sendiri setuju Islam itu dibina atas kalimah “Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah” dan itulah paksi aqidah. Maka adakah Kristian yang percaya ajaran triniti itu bersyahadah yang sama. Pasti tidak. Maka agama itu ada yang benar dan ada yang salah.

    Berkenaan 'idola' yang saudari sebutkan, orang-orang Islam bukanlah mengidolakan para imam mereka speerti yang saudari dakwa. Hanya saja untuk memahami dan mengenterpretasi Kalam Allah dan Hadis Rasulullah itu memerlukan penguasaan bahasa Arab yang baik dan pelbagai cabang ilmu agama yang banyak. Para Imam adalah orang yang paling mengikuti dan paling memahami teks-teks dari dua sumber tersebut, jika bukan mereka, siapa yang lebih layak. Sama juga seperti doktor yang mencadang ubat kepada pesakit berdasarkan pemerhatian dan kajian mereka, mereka itu dipercayai kerana mereka ada kepakaran. Penafsiran teks pula tak boleh dibuat sesuka hati seperti yang berlaku pada Kristian, sehinggalah jadilah agama itu seperti yang kita kenal sekarang.

    Moga Allah mengurniakan hidayah kepada saya dan saudari. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Salam Saudara Ikram,

    Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang

    Terima kasih kerana berkongsi pendapat.

    "Islam" dalam bahasa Arab bermaksud "Tunduk" atau "Patuh". Iaini agama yang Tunduk dan Patuh dengan suruhan Tuhan yang satu. Suruhan-suruhan serta petunjuk Allah ini disampaikan kepada para rasul dan nabi. Para nabi pula diberi kitab iaitu Zabur, Taurah, Injil dan Al Quran. Hayati Surah Al Maidah ayat 41-49. Dalam ayat2 ini Allah menceritakan bagaimana manusia menukar ayat-ayat Allah dan menginginkan Nabi Muhammad mengikut kata2 mereka.

    Sememangnya syariat2 didalam Taurah dan Injil ada perbezaan dan bersesuaian dengan umat tersebut. Akan tetapi Allah berfirman sekiranya mereka tidak memutuskan menurut ktab2 ini, maka mereka tergolong di dalam orang2 yang fasik.

    Allah seterusnya mengajar Nabi untuk berkata seperti Surah Al-Maidah ayat 68.

    "Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang b"eragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil, dan Al Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu." Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu."

    Ayat seterusnya jelas bahawa orang Yahudi dan Kristian juga sekiranya mereka benar menurut Kitab2 Allah, maka mereka akan beriman dan melakukan kebaikan. Maka mereka juga akan menerima balasan baik.

    "Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, Shabiin dan orang-orang Nasrani, siapa saja (diantara mereka) yang benar-benar saleh, maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."

    Trinity yang tuan maksudkan adalah dari New Testament didalam John Chapter 5 yang digabungkan dengan Injil (Old Testament). John adalah salah satu chapter dari New Testament yang ditulis oleh manusia dan bukannya wahyu dari Allah. Hari ini kebanyakkan orang Kristian sungguhpun membaca Old Testament yang didalam terdapat banyak ucapan syahadah "La illa ha illallah" telah dikaburi kerana lebih taksub dengan New Testament tulisan manusia.

    Nasib yang sama juga berlaku dengan Islam....DiSyiria, empat penjuru peperangan puak semuanya berteriak "La illa ha illallah" dan " Allahu Akbar", tetapi berbunuhan sesama Islam kerana ketaksuban terhadap idola2 mereka seperti Abu Bakar Al Bagdadi yang berpegang kepada hadis2 dan kitab2 yang berbeza...akan tetapi pada masa yang sama mengaku beriman kepada Al Quran.

    Persoalannya dengan siapakah mereka "tunduk" dan "patuh". Sekiranya ditanya, pasti mereka akan menjawab "Allah".

    Pada zaman Nabi, kaum Arab Quarish juga menjawab yang sama, tetapi mereka dianggap syirik. Hayati Surah Al Mu'minun ayat 84-89

    84. Katakanlah: "Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?" 85. Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak ingat?" 86. Katakanlah: "Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya 'Arsy yang besar?" 87. Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak bertakwa?" 88. Katakanlah: "Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?" 89. Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu?"

    Moga Allah Tidak Sesatkan Kita dan Kurniai PetunjukNya.

    ReplyDelete

Credit Transactions According to Al Quran

  In the Name of God, Most Gracious, Most Merciful We often hear words like "Shariah Compliant" or "Shariah Compliance" ...