Kita sering terdengar perkataan seperti "Patuh Syariah" atau "Syariah Compliance" di dalam pelbagai hal terutamanya di dalam tatacara perniagaan dan kehidupan harian.
Contohnya terdapat Hotel Patuh Syariah, Kilang Pembuat Makanan Patuh Syariah, Bank Patuh Syariah dan banyak lagi. Kebanyakkan daripada perniagaan-perniagaan ini menumpukan aspek-aspek seperti pemakaian sewaktu kerja, penggunaan bahan-bahan "halal" yang diiktiraf oleh sesebuah jabatan kerajaan, mempraktikkan doa-doa dan ayat-ayat Al Quran di dalam aktiviti-aktiviti perniagaan atau pengeluaran produk dari kilang dan sebagainya.
Aku kurang pasti bagaimana istilah "Patuh Syariah" di tafsirkan akan tetapi di dalam Al Quran terdapat satu ayat yang menggariskan secara terperinci tatacara perniagaan secara kredit atau hutang patut dilakukan atau dipraktikkan.
Surah Al Baqarah - 2 ayat 282-283
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya.
Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan
janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, maka
hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa
yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan
janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu
orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu
mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan
persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu).
Jika tak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang
perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka yang
seorang mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan)
apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil
maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di
sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak
(menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu'amalahmu itu), kecuali jika mu'amalah itu
perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi
kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual
beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan. Jika kamu
lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada
dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha
Mengetahui segala sesuatu. Jika kamu dalam perjalanan (dan bermu'amalah tidak secara tunai) sedang kamu
tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang tanggungan yang
dipegang (oleh yang berpiutang). Akan tetapi jika
sebagian kamu mempercayai sebagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu
menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah
Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan
barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang
berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Dari ayat ini, syarat-syarat dan tatacara berniaga secara kredit atau hutang adalah seperti berikut:-
1. Ianya Haruslah Secara Bertulis dengan Benar.
Secara umumnya sememangnya perniagaan secara kredit dilakukan secara bertulis. Apabila pembeli membeli secara kredit, pihak penjual akan mengeluarkan inbois ("invoice") atau "bill" yang menyatakan barangan yang dibeli, harga dan jumlah keseluruhan pembelian.
Di dalam inbois juga menyatakan terma pembayaran iaini bila inbois atau jumlah yang terhutang harus diselesaikan berserta nombor akaun bank.
Penulis juga dikehendaki menulis dengan benar. Ini bermaksud menulis secara terperinci bagi mengelakkan sebarang perbalahan.
Dari ayat ini, syarat-syarat dan tatacara berniaga secara kredit atau hutang adalah seperti berikut:-
1. Ianya Haruslah Secara Bertulis dengan Benar.
Secara umumnya sememangnya perniagaan secara kredit dilakukan secara bertulis. Apabila pembeli membeli secara kredit, pihak penjual akan mengeluarkan inbois ("invoice") atau "bill" yang menyatakan barangan yang dibeli, harga dan jumlah keseluruhan pembelian.
Di dalam inbois juga menyatakan terma pembayaran iaini bila inbois atau jumlah yang terhutang harus diselesaikan berserta nombor akaun bank.
Penulis juga dikehendaki menulis dengan benar. Ini bermaksud menulis secara terperinci bagi mengelakkan sebarang perbalahan.
2. SiPenghutang Seharusnya Bersetuju dengan Inbois
Di dalam ayat ini, siPenghutang dikehendaki mengimlak apa yang ditulis. Pada pendapat aku di sini bermaksud, si Penghutang seharusnya bersetuju atau mengesahkan apa yang ditulis di dalam inbois.
Ini selalunya di lakukan dimana apabila siPenghutang menerima inbois, siPenghutang akan mengakui apa yang dinyatakan didalam inbois tersebut. Didalam amalan dunia perniagaan kini, sekiranya tiada bantahan dari Penhutang akan butiran inbois tersebut, maka apa yang ditulis di dalam inbois tersebut dianggap sebagai benar, sah dan tepat.
Ayat ini juga menekankan bahawa siPenghutang juga haruslah jujur dan mengakui jumlah yang dihutangnya tanpa mengurangkannya walaupun sedikit.
3. Wali bagi Penghutang yang tidak Mampu untuk Mengesahkan
Pentingnya pengesahan dari siPenghutang ini di tekankan lagi di dalam ayat yang sama, apabila Allah mengharuskan adanya wali atau pengganti bagi siPenghutang untuk mengesahkan inbois tersebut sekiranya siPenghutang lemah akal atau tidak berkemampuan, seperti uzur dan lain-lain lagi. Wali atau pengganti siPenghutang juga hendaklah mengesahkan butiran yang tertulis diatas inbois secara jujur.
4. DUA Orang Saksi Lelaki Diperlukan
Bagi menguatkan lagi apa yang ditulis serta apa yang disahkan, Allah juga menuntut agar terdapat Dua (2) orang saksi lelaki atau Satu (1) Lekaki dan Dua (2) perempuan sebagai saksi kepada butiran didalam inbois tersebut.
Saksi-saksi ini pula seharusnya juga jujur sekiranya dipanggil kerana terdapat perbalahan, maka saksi-saksi ini dituntut agar jujur didalam persaksian inbois tersebut.
Amalan saksi ini adalah sesuatu yang normal bagi sebarang perjanjian secara kontrak, akan tetapi sesuatu yang jarang atau tidak pernah diamalkan didalam pengeluaran inbois kepada siPenghutang di Malaysia.
Pada pendapat aku, amalan tanpa saksi dalam pengeluaran inbois ini adalah tidak patuh Syariah dan seharusnya diambil secara serius.
Secara kesimpulannya, semua transaksi perniagaan, sungguhpun kecil yang hanya perlu pengeluaran inbois secara bertulis, hendaklah mempunyai saksi.
5. Penulis dan Saksi-saksi tidak menyulitkan Persaksian
Antara ciri-ciri menjadi penulis dan juga saksi-saksi adalah mereka yang diperkenankan oleh siPenghutang dan Pemiutang. Mereka ini seharusnya menjalankan tugas sebagai penulis dan saksi dengan tulus dan jujur. Sekiranya mereka menyulitkan keadaan dengan tidak berlaku jujur, maka mereka termasuk di dalam golongan orang-orang yang fasik disisi Allah.
6. Disyorkan ada Cagaran Sekiranya Jual Beli secara Kredit Tanpa Bertulis
Apabila terdapat keadaan dimana jual beli kredit berlaku secara tergesa atau dalam perjalanan yang mana tiada sebarang penulisan atau inbois dapat dikeluarkan, maka amalan patuh syariah menghendaki sipemiutang memegang sesuatu yang dipunyai oleh siPenghutang sebagai cagaran.
Sungguhpun begitu amalan ini tidaklah suatu yang semestinya dilakukan sekiranya sIPemiutang dan SiPenghutang mempercayai diantara satu sama lain.
7. Tidak Perlu Sembunyi Kenyataan Kerana Allah Lebih Mengetahui Isipati Transaksi
Pada akhir ayat ini, Allah berfirman "Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. " Ini jelas bahawa Allah lebih mengetahui intipati sebenar transaksi jual beli tersebut dan mereka yang terlibat di dalam transaksi tersebut, samada, penulis, siPemiutang, siPenghutang atau saksi-saksi tidak perlu menyembunyikan kenyataan.
Persoalannya sekarang, adakah perkara-perkara yang diperincikan di dalam ayat ini di ambil kira apabila sesebuah perniagaan itu diklasifikasikan sebagai patuh syariah oleh pihak yang berkuasa atau majlis fatwa dan syariah di Malaysia atau di mana-mana.
Pada artikel sebelum ini bertajuk, Kapitalisme, Riba Pintu Belakang dan Perbankan Islam - Siapa Yang Mereka Cuba Perbodohkan?, aku ada membincangkan bagaimana para cerdik pandai perbankan Islam memperbodohkan Allah dengan memutarbelikan transaksi perbankan dan mengklasifikasikannya sebagai perbank Islam yang patuh syariah, padahal isipati perbankan Islam itu sendiri lebih cenderung kepada Riba.
Pada pendapat aku, penggunaan perkataan seperti "Patuh Syariah", "Perniagaan Islam" dan lain-lain lagi yang bertujuan memberi gambaran bahawa ianya adalah "Halal" harus dikaji semula, kerana ianya sudah mula mengelirukan masyarakat.
Malah ada yang terpedaya sehinggakan terdapat golongan yang contohnya tidak mahu ke hospital biasa dan hanya pergi ke "Pusat Perubatan Islam" kerana mempercayai ianya lebih afdal kerana terdapat ayat-ayat suci Al Quran di paparkan di dinding-dinding dan para perawat menggunakan ayat-ayat Al Quran sebagai rawatan.
Mungkin ramai yang resah akan kenyataan ini. Seperti biasa, ianya sekadar renungan dan selebihnya......Atahmu.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment