Sunday, May 17, 2020

Tanda-Tanda Kiamat - Mengapa Perlu Percaya?

Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang

Bila Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) di mulakan baru-baru ni, aku sempat ke kedai buku untuk membeli peralatan pejabat. Yang menarik perhatian aku ialah deretan buku-buku diatas para bertajuk "Tanda-Tanda Kiamat....". Aku rasa lebih 10 jenis dan tajuk berkenan topik ini..


Sungguhpun aku sering terdengar sahabat-sahabat, guru-guru dan pelbagai pengisian dari internet yang membincangkan akan topik akhir zaman dan tanda-tanda kiamat.......akan tetapi, atas sebab yang aku sendiri tak tahu, ianya tidak pernah menarik perhatian aku untuk memahami atau mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Pada aku, tanda-tanda kiamat itu tidak penting. Yang penting kita harus percaya dan beriman akan datangnya hari kiamat. Bila hari kiamat itu tidak relevan. Kita seharusnya sentiasa bersedia menghadapi kematian.

Sekiranya tanda-tanda kiamat ini adalah sesuatu yang perlu kita percaya atau beriman pada, sudah pasti Allah akan menjelaskannya di dalam Al Quran kerana Al Quran itu petunjuk yang sempurna yang diturunkan dengan terperinci.

Surah Al An'aam - 6 ayat 114
Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (Al Quran) kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa Al Quran itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merobah robah kalimat-kalimat-Nya dan Dia lah yang Maha Mendenyar lagi Maha Mengetahui.

Kalau kita benar-benar  percaya tanpa ragu-ragu akan ayat-ayat Allah di surah Al An'aam ini, maka sudah pasti jawapan yang dicari juga ada di dalam Al Quran.

Kita Tidak Perlu Beriman atau Percaya kepada Tanda-Tanda Kiamat

Tiada satu ayat pun di dalam Al Quran yang menceritakan mengenai tanda-tanda kiamat. Keimanan dan ketakwaan itu memerlukan kita hanya mempercayai Hari Kiamat.  Renung ayat ini.

Surah Al Baqarah -2 ayat 177
Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.

Aku ada menerima mesej whatsapp seketika dulu yang mana ayat ini di paparkan dalam bentuk imej dibawah:-



Oleh itu tidak salah kalau dikatakan bahawa Tanda-Tanda Kiamat yang sering di wawarkan ni sebenarnya  sesuatu yang tidak dituntut oleh Allah untuk dipercayai.

Bila Hari Kiamat - Pernah di Tanya kepada Nabi Muhammad dan di Jawab

Sungguhpun Allah tidak pernah menuntut untuk kita mempercayai tanda-tanda kiamat, akan tetapi manusia ini tak pernah puas. Manusia masih ingin mengetahui bila kah akan datangnya hari kiamat. Dengan mencipta "tanda-tanda kiamat", seseorang boleh kononnya menganggar pada zaman bila akan berlakunya Kiamat.

Pada zaman Nabi, sahabat-sahabat beliau juga bertanya perkara yang sama dan Allah mengajar Nabi Mohammad menjawab seperti dijelaskan pada Surah Al Araf ayat 187

Surah Al Araf - 7 ayat 187
Mereka menanyakan kepadamu tentang (Saat) kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Amatlah berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Ia tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentangnya  adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."


Dari hanya satu ayat diatas menolak semua kepercayaan mengnyaenai tanda-tanda kiamat yang sering di warwarkan seolah-olah ianya sebahagian dari keimanan seperti berikut:-

(i)  Tiada Seorangpun Dapat Menjelaskan Waktu Kedatangannya

Apabila seseorang cuba menjelaskan tanda-tanda kiamat, ini bermakna beliau cuba menganggarkan waktu kedatangan hari kiamat itu. Mungkin mereka tidak boleh menentukan secara tepat hari dan waktu, tetapi pelbagai cubaan di dalam buku-buku ini dan ceramah-ceramah di Youtube menganggarkan kiamat sudah dekat dan ada pula yang memberi anggaran ratusan atau puluhan tahun dari sekarang.

Ini jelas bercanggah dengan apa yang Allah ajar pada Nabi Muhammad dalam ayat 187 Surah Al Araf di atas.

Jika Allah berfirman tiada yang boleh menjelaskan, maka tiada sesiapa pun boleh menjelaskan, termasuklah tanda-tanda kiamat itu sendiri.


(ii)   Tidak Akan Datang Melainkan dengan Tiba-Tiba

Kiamat akan datang dengan tiba-tiba tanpa amaran. Ini juga bermakna tanpa tanda-tanda, baik besar, kecil, jauh atau hampir.

Ayat ini amat jelas sekali mesej dari Allah. Aku tak tahu bagaimana nak menghuraikannya lagi dan bagaimana seseorang masih boleh mengatakan adanya tanda-tanda kiamat selepas membaca ayat ini.

(iii)   Mereka Terus Bertanya Seolah Nabi Muhammad Mengetahuinya

Dalam ayat ini Allah mengetahui akan perangai manusia yang tidak akan puas hati dengan penjelasan Nabi kepada mereka dan akan terus bertanya kepada beliau seolah-olah beliau tahu..

Dan sekali lagi Allah mengajar Nabi Muhammad untuk menjawab "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Di sini juga jelas bahawa bukan sahaja manusia tidak boleh menjelaskan, malah Nabi Muhammad sendiri tidak akan dapat menjelaskan bila hari Kiamat yang akan datang dengan tiba-tiba itu....Ini termasuklah tanda-tanda kiamat, kerana sekiranya beliau boleh menjelaskan tanda-tanda kiamat, ini bermakna beliau boleh menganggarkan waktu dan bercanggah dengan ajaran Allah.

(iv)    Kebanyakkan Manusia Tidak Mengetahui

Perangai manusia yang terus bertanya "Bila kah Kiamat" ini berterusan hingga ke hari ini, dan "tanda-tanda Kiamat" merupakan jawapan yang dapat memuaskan hati mereka....

Soalan tanda-tanda kiamat ini adalah soalan "favourite" di mana-mana ceramah umum dan majlis ilmu.

Pada akhir ayat 187 Surah Al Araf ini, Allah menerangkan bahawa, mereka yang sering bertanya sesudah diberi jawapan yang jelas bahawa "pengetahuan Kiamat hanya disisi Allah" adalah mereka yang tidak mengetahui. Dan mereka ini adalah merupakan kebanyakkan daripada manusia...

Oleh itu, sekiranya kita masih lagi bertanyakan akan tanda-tanda kiamat iaitu anggaran waktu kedatangannya, maka kita sebenarnya tergolong di kalangan mereka yang tidak mengetahui dengan apa yang Allah telah jelaskan di dalam ayat ini.


Kita Ada Pilihan - Menjadi Kebanyakkan Manusia atau Tidak

Apa yang Allah jelaskan di dalam ayat ini sememangnya berlaku sehingga kini dan oleh itu kita dapati kebanyakkan manusia masih lagi menafikan ayat ini dan mencari tanda-tanda kiamat.

Allah juga menjelaskan sekiranya kita mengikuti kebanyakkan manusia, kita akan tersesat dan akan mengikut prasangka sahaja seperti tanda-tanda kiamat dan lain-lain lagi. Surah Al An'aam untuk di renungi...

Surah Al An'aam - 6 ayat 116
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)[

Dengan beriman kepada buku-buku dan penulisan selain dari Allah, manusia sebenarnya menafikan penjelasan Allah kerana gagal memahami ayat-ayatNya. ( Baca juga Khatam atau Faham )

Kita punya pilihan samada mahu menjadi kebanyakkan manusia yang mengikut prasangka belaka dan berdusta terhadap Allah atau yang beriman kepada apa yang dituntut oleh Allah seperti ayat 177 Surah Al Baqarah diatas.

Pilihan adalah......Atahmu.

Moga dikurniai petunjuk.



Friday, May 15, 2020

Ulang Tahun Lailatul Qadar - Hanya Bisikan Indah?

Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang

Kita kini menghampiri hari ke 20 Ramadhan dan seperti tahun-tahun sebelum ini, rata-rata semua umat Islam akan memperkatakan tentang Malam Lailatul Qadar...

Terdapat banyak pendapat tentang bila datangnya Malam Lailatul Qadar tetapi secara keseluruhan, semuanya percaya ianya akan datang pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan, iaitu dari hari 21 ke 30 Ramadhan.

Kepercayaan ini datangnya dari beberapa hadith yang dianggap sahih mengenai malam Lailatul Qadar. Antaranya:-

(i)    Malam nombor ganjil 10 terakhir Ramadhan - Riwayat Aisya, Sahih Bukhari 3:234
(ii)   Tujuh (7) malam terakhir Ramadhan - Riwayat Ibn Umar, Sahih Bukhari 2:232
(iii)   Sepuluh Malam Terakhir Ramadhan - Riwayat Aisya, Sahih Bukhari 3:237
(iv)   Malam 25, 27 dan 29 Ramadhan - Riwayat Ubada As Samit, Sahih Bukhari 3:240
(v)    Malam ke 24 Ramadhan - Riwayat Ibn Abbas, Hadith 1569

Terdapat banyak lagi hadith-hadith akan tetapi tiada satu pun hadith yang mana Nabi Muhammad dengan jelas menyatakan bahawa beliau menemui Malam Lailatul Qadar. Kesemua hadith-hadith hanya menyatakan beliau beribadat dan berdoa dengan lebih pada 10 atau 7 malam terakhir.

Selain daripada itu, terdapat banyak percanggahan hadith-hadith seolah-olah Nabi Muhammad terlupa yang beliau pernah berkata 7 malam terakhir apabila beliau menerangkan Lailatul Qadar pada 10 hari terakhir. 

Begitu juga dengan nombor ganjil, kerana ada hadith yang menyatakan malam Lailatul Qadar berlaku pada malam ke 24 Ramadhank iaitu nombor genap.

Mungkin ini lah yang dimaksudkan Allah apabila berfirman di dalam Al Quran bahawa sekiranya penulisan itu bukan dari Allah, maka akan terdapat percanggahan di dalamnya. Oleh itu, hanya Al Quran sahaja yang sahih yang datangnya dari Allah tanpa percanggahan di dalamnya.

Surah An Nisa, 4 ayat 82
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. 

Hanya terdapat satu surah sahaja mengenai Malam Lailatul Qadar di dalam Al Quran, akan tetapi berjilid-jilid buku dijual menceritakan Malam Lailatul Qadar.

Sekiranya malam Lailatul Qadar ini adalah malam yang teramat istimewa sehingga boleh membersihkan segala dosa dan ibadat di beri ganjaran pahala berganda-ganda...mengapa tidak dinyatakan langsung di dalam Al Quran. Padahal Al Quran adalah petunjuk untuk ke Syurga/Jannah. Tidak mungkin Allah tertinggal untuk menurunkan wahyu yang amat penting ini?

Tidak mungkin Allah lupa kerana Allah sendiri berfirman didalam Al Quran bahawa tiada apa-apa pun yang alpakan di dalam Al Quran dan Al Quran amatlah terperinci dan di susun rapi. Sila renung ayat-ayat ini:-

Suran Al An'aam - 6 ayat 38
Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan. 

Surah Hud - 11 ayat 1
Alif laam raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu,

Oleh itu, pada pendapat aku lah...kepercayaan mengenai Malam Lailatul Qadar ini bukan sahaja merendahkan darjat Nabi Muhammad yang menjadikan beliau sebagai pelupa kerana percanggahan hadith-hadith, malah merendahkan juga KeAgungan Allah kerana seolah Allah terlupa untuk menyatakan pentingnya malam Lailatul Qadar ini untuk "short cut" ke Syurga.

Mari kita renungkan Surah Al Qadr - 97 ayat 1-5
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada Malam al-Qadar, Dan adakah engkau mengetahui akan kebesaran Malam al-Qadar itu?, Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.  Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar"




Ayat pertama surah Al Qadr dengan jelas menyatakan bahawa Malam Lailatul Qadar ini berlaku lebih kurang 1400 tahun dahulu dan tiada satu ayat pun di dalamnya menyatakan iainya akan berulang setiap tahun seperti  perayaan ulangtahun. Dan sememangnya lebih baik dari seribu bulan kerana Al Quran itu sehingga hari ini iaitu selepas beribu bulan dari Malam Lailatul Qadar ketika Al Quran diturunkan... masih menjadi petunjuk yang mengeluarkan manusia dari kegelapan.

Tiada satu ayat pun yang menjelaskan bahawa ibadah yang dilakukan pada malam tersebut mendapat pahala berganda, sebagaimana Allah menjelaskan pahala menafkahkan harta mendapat ganjaran 100 kali ganda (Surah Al Baqarah-2 ayat 261) dan pahala berlipat ganda bagi mereka yang beriman dan melakukan kebajikan ( Surah Saba - 34 ayat 37).

Berdasarkan ayat2 ini, siapakah sebenarnya yang menjanjikan keistimewan malam Lailatul Qadar yang juga dipercayai berulang setiap tahun?

Apabila kita memaling dari Al Quran, akibatnya:-

(i)   Allah akan menyesatkan mereka secara beransur-ansur tanpa mereka sedari yang mereka sebenarnya sesat.

Surah Al Araf - 7 ayat 182
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui. 


(ii)  Allah akan tutup hati dari memahami Al Quran

Surah Al Kahfi - 18 ayat 57
“Dan apakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat dari Tuhannya lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya, Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan kendatipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya.”

Al Israk - 7 ayat 45-46
Dan apabila kamu membaca Al Quran niscaya Kami adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, suatu dinding yang tertutup, dan Kami adakan tutupan di atas hati mereka dan sumbatan di telinga mereka, agar mereka tidak dapat memahaminya. Dan apabila kamu menyebut Tuhanmu saja dalam Al Quran, niscaya mereka berpaling ke belakang karena bencinya,

Surah Al Mukmin - 40 ayat 34-35

Dan sesungguhnya telah datang Yusuf kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan, tetapi kamu senantiasa dalam keraguan tentang apa yang dibawanya kepadamu, hingga ketika dia meninggal, kamu berkata: "Allah tidak akan mengirim seorang (rasulpun) sesudahnya. Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang melampaui batas dan ragu-ragu. Yaitu) orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka. Amat besar kemurkaan (bagi mereka) di sisi Allah dan di sisi orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang.


(iii)   Bila Al Quran tidak difahami, maka lebih mudah syaitan membisikkan angan-angan dihati

Surah An Nissa - 4 ayat 120
Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka. 

Surah Muhammad - 47 ayat 24-25
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?  
Sesungguhnya orang-orang yang kembali ke belakang sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka, syaitan telah menjadikan mereka mudah (berbuat dosa) dan memanjangkan angan-angan mereka.

Surah An Nissa - 4 ayat 122-123
"....Dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah ? (Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab. .... "

Surah An Nissa -4 ayat 118-119
"....dan syaitan itu mengatakan: "Saya benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka..."


Ulang tahun Lailatul Qadar - Adakah ianya Hanya Bisikan Indah dan Angan-Angan

Akhir sekali, selalu lah kita beringat bahawa syaitan itu juga adalah dari kalangan manusia dan syaitan itu sebenarnya akan membisikkan perkara yang indah-indah untuk menyesatkan manusia iaitu dengan mengadakan-adakan apa yang tidak dianjurkan oleh Allah dan nabi-nabiNya dan memanjangkan angan-angan kosong agar manusia mengagungkan serta tunduk (aslam) kepada penulis-penulis kitab (idola-idola) yang menulis angan-angan ini.

Tanpa disedari, oleh kerana taqsub dengan penulisan-penulisan ini berbanding dengn Al Quran atau kitab-kitab sebelumnya, manusia meletakkan idola-idola ini sama taraf malah lebih dari Allah. 

Perkara ini terjadi sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu lagi. Allah turunkan kitab-kitab seperti Zabur, Taurah dan Injil...akan tetapi penulisan selain daripada kitab-kitab suci ini yang menjadi kepercayaan ahli-ahli kitab ketika itu. Dan sejarah terus berulang dengan Al Quran.

Al Quran memceritakan berbagai contoh angan-angan ini dan di antara:-

(i)    Hanya penganut-penganut agama Yahudi atau Nasrani sahaja yang akan masuk syurga

(ii)   Kepercayaan seseorang itu hanya akan memasuki neraka selama beberapa ketika sahaja sebelum Allah masukkannya ke syurga

Ayat-ayat di bawah sebagai contoh:-

Surah Al Baqarah - 2 ayat 111
Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: "Sekali-kali tidak akan masuk surga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani." Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. 

Surah Al Baqarah - 2 ayat 78-82
Dan diantara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab (Taurat), kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan. Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari saja." Katakanlah: "Sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janji-Nya, ataukah kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?" (Bukan demikian), yang benar: barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya Dan orang-orang yang beriman serta beramal saleh, mereka itu penghuni surga; mereka kekal di dalamnya. 


Sememangnya manusia memang suka mendengar dari idola-idola ini dari cuba merenung dan memahami sendiri Al Quran...seperti perumpamaan Surah Al Baqarah ayat 78 di atas. ( Baca juga Khatam atau Faham Al Quran 

Surah An An'aam - 6 ayat 112
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. 

Surah Al Imran - 3 ayat 
Sesungguhnya diantara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab dan mereka mengatakan: "Ia (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah", padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui. 

Sememangnya sukar untuk melupuskan kepercayaan yang sudah pekat dihati dan hanya mempercayai Allah sahaja. Mungkin ini ujian Allah ke atas keimanan kita.

Percaya atau tidak, itu.......Atahmu

Moga di kurniai petunjuk




Monday, May 11, 2020

Tatacara Kehidupan Menurut Al Quran

Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang

Hari ni adalah hari memperingati turunnya Al Quran seperti yang yang dijelaskan di dalam Al Quran Surah Al Baqarah ayat 185:-

"...bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda..."

Baru sebentar tadi terdengar berkumandang di dalam radio dendangan nasyid yang memperingatakan hari ini dan Al Quran sebagai petunjuk dan pelajaran.

Terdetik untuk mencari ayat-ayat Allah mengenai perkara-perkara yang membimbing manusia di dalam menjalani kehidupan harian... Antaranya:-

(i)   Kita tak boleh Rasis. Allah sememangnya menjadi kan manusia berbangsa-bangsa and bersuku-suku dan supaya kita saling mengenali

Surah Al Hujaraat - 49 ayat 13
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal


(ii)  Allah tidak menyukai orang-orang yang Angkuh and Sombong.

Surah Luqman - 31 ayat 18
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Surah Al Hadid - 57 ayat 43
Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,  

Surah Al Isra' - 17 ayat 37
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung. 


(iii) Kita seharusannya sentiasa menggunakan perkataan-perkataan yang baik didalam komunikasi

Surah An Nissa - 4 Ayat 148
Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Surah Ibrahim - 14 ayat 24-26
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan perkataan yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan perkataan yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun. 


(iv)   Jangan  sebar berita tanpa pasti kesahihannya, atau menyebarkan berita angin


Surah An Nur - 24 ayat 15

(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.


Surah Al Mujadilah - 58 ayat 10
Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari syaitan, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedang pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal.


(v)  Balas kejahatan dengan kebaikan

Surah Al Fushshilat - 41 ayat 34
Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.


(vi)   Harus berlaku adil dan jangan biarkan sifat benci menguasai kita untuk tidak berlaku adil

Surah Al Maidah - 5 ayat 8
Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.


(vii)     Jangan irihati terhadap kemewahan orang lain kerana semuanya ada bahagian masing-masing yang mereka usahakan

Surah An Nisa - 4 ayat 32
Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. 


(viii)    Jangan berlebihan atau boros dalam perbelanjaan, tetapi jangan terlalu kedekut

Surah Al Furqaan - 25 ayat 67
Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. 


Surah Al Isra - 17 ayat 26 - 27
Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. 




(ix)     Bersederhana dalam semua perkara. Jangan berlebih-lebihan

o   Jangan berlebihan dalam bersedekah sehingga berlaku pembaziran

Surah Al An'aam - 6 ayat 141
".....dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan

o  Jangan berlebihan didalam berpakaian, makan dan minum

Surah Al Araf - 7 ayat 31
Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid[534], makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. 

o  Jangan berlebihan atau melampau batas dalam hal agama

Surah Al-Maidah - 5 ayat 77
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus." 

o   Jangan berlebihan dalam segala urusan

Surah Al Imran - 3 ayat 147
Tidak ada doa mereka selain ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." 

(x)   Jangan menghina idola-idola atau sembahan-sembahan orang-orang yang engkar

Surah Al An'aam -6 ayat 108
Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan. 


(xii)  Amanah dan Tidak Menipu Dalam Segala Hal

Surah Al Isra ayat 35 secara secara amnya melarang seseorang menipu dalam menyukat, menimbang atau melakukan pengiraan didalam kehidupan.

Surah Al Isra - 17 ayat 35
Dan sempurnakanlah takaran apabila kamu menakar, dan timbanglah dengan neraca yang benar. Itulah yang lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. 

Surah Al Muthaffifin menghuraikan maksud ini seperti berikut:-

Surah Al Muthaffifin - 83 ayat 1-6
Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang. (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. Tidaklah orang-orang itu menyangka, bahwa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan, pada suatu hari yang besar, (yaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?  Sekali-kali jangan curang, karena sesungguhnya kitab orang yang durhaka tersimpan dalam sijjin.



(xii)    Setiap Penghormatan dibalas dengan yang lebih baik.

Surah An Nissaa - 4 ayat 86

Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu. 

Sungguh pun ayat ini jelas, masih terdapat dua pendapat samada kita boleh mengucapkan Salam atau membalas Salam kepada orang bukan Islam atau tidak.

Kebanyakkan orang Islam percaya mengucap atau membalas Salam kepada bukan Islam adalah dilarang. Sila lihat video soal jawab dengan Uztaz Azhar Idrus.



Dalam Hadis itu, orang Yahudi sebenarnya bukannya mengucapkan Salam kepada orang Islam tetapi mengucapkan Assaam 'alaika (Semoga Kematian tertimpa kamu). Sila rujuk Sahih Bukhari nombor 6415.

Mari kita hayati ayat-ayat Allah di dalam Al Quran yang menjelaskan segala sesuatu:-

Apabila Nabi Ibrahim dihalau oleh Bapanya yang musyrik, beliau berkata kepada bapanya:-

Surah Mariam - 19 ayat 47
Berkata Ibrahim: "Salam kepadamu, aku akan memintakan ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku. 

Surah Al-Mumtahana, Ayah 8
Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.

Surah Al-Qasas, Ayah 55
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang buruk, mereka berpaling darinya dan berkata, “Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amal kamu, Salammun'alaikum, kami tidak ingin (bergaul) dengan orang-orang bodoh.”

Surah Al-Furqan, Ayah 63
Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), mereka mengucapkan “salam,”



Disebalik pendapat yang berlainan, Al Quran memberi beberapa contoh bagaimana ucapan Salam diucapkan kepada orang-orang bukan Islam. Pendapat mana yang kita mahu ikut, terserah kepada pendapat masing-masing......Atahmu.

Wassalam


Friday, May 8, 2020

Khatam atau Faham Al Quran ?

Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.

Kita semua diajar bahawa Al Quran itu adalah PETUNJUK untuk kita ke Jannah (Taman syurga).  Iaitu, PETUNJUK dalam mengemudi kehidupan seharian..."

Sebagai petunjuk mengemudi, ianya haruslah difahami. Seperti peta dan signboard arah...kena faham bahasa peta dan signboard dan pada masa yg sama kena belajar bagaimana nak baca peta.

Bayangkanlah, untuk ke sesuatu destinasi, anda diberi peta dalam bahasa Jepun dan anda pula tidak tahu berbahasa Jepun. Sambil memandu, anda membaca peta Jepun atau mendengar arahan dalam bahasa Jepun melalui Waze atau Google Map. Apakah keberangkalian anda akan sampai ke destinasi?

Begitu juga Al Quran, sekiranya ianya dibaca tanpa difahami, apakah keberangkalian ianya menjadi pelajaran, peringatan dan petunjuk kepada pembacanya?

Tradisi Khatam dan Menghafal Al Quran

Akan tetapi, dari kecil kita diajar betapa besarnya pahala kalau khatam Al Quran iaitu membaca keseluruhan 114 surah dalam bahasa Arab. Sekiranya dapat menghafal keseluruhan Al Quran dalam bahasa Arab, seseorang itu akan dinaikkan taraf dan digelar "Hafiz".

Mesej yang kebanyakkan kita pelajari dari Al Quran, sebenarnya bukanlah dari pembacaan kita sendiri, tetapi dari apa yang kita dengar dari orang lain...iaitu, uztaz-uztaz, guru-guru dan mungkin juga ahli keluarga dan sahabat.

Berhati-hati Membaca Al Quran Tanpa Guru - Nanti Sesat

Kebanyakkan kita juga enggan cuba untuk memahami Al Quran kerana sering diigau atau diugut dengan perasaan "takut sesat" kalau baca Al Quran untuk difahami tanpa bimbingan guru. Ini adalah kerana, Al Quran ini difahamkan amatlah sukar untuk difahami kerana terlalu kompleks.

Membaca Al Quran Menurut Al Quran

Mari kita amati  ayat-ayat Allah di dalam Al Quran mengenai perkara ini.

(i)   Adakah Al Quran untuk Kita Bertaranum dan Membaca Tanpa Fahami

Surah Sad, Ayat 29
Kitab (Al-Qur'an) yang Kami turunkan kepadamu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sehat mendapat pelajaran.

Dari ayat ini, yang jelas Al Quran adalah untuk pelajaran. 

Ianya diturunkan dengan pernuh berkah iaitu mengandungi pengisian yang memberi penuh makna supaya memberi manfaat kepada sipembaca. Ciri-ciri berkah ini juga dijelaskan di dalam Al Quran yang menjelaskan segala sesuatu.

Surah An Nahl - 16 ayat 89
Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. 

Antara ciri-ciri Al Quran adalah:-
(i)    Disusun rapi, jelas dan terperinci - Surah Huud ayat 1
(ii)   Ayat-ayat yang nyata - Surah Yusuf ayat 1
(iii)  Tiada kebengkokkan di dalamnya  - Surah Al Kahfi ayat 1
(iv)   Tiada yang dilupakan atau tertinggal - Surah Al An'aam ayat 38
(v)    Perkataan paling baik didalamnya - Surah Az Zumar ayat 23

Bagaimanakah ayat-ayat yang penuh berkah ini boleh menjadi pelajaran kepada pembacanya? Surah Sad ayat 29 diatas menjelaskan Allah menurunkan Al Quran agar kita menghayati ayat-ayatnya.

Malah Allah berulang-ulang kali didalam Surah Al Qamar berfirman sambil bertanya kepada manusia mengapakah manusia tidak mengambil pelajaran daripada Al Quran sedangkan Allah telah mempermudahkan Al Quran untuk manusia.

Surah Al Qamar ayat 17, 22, 32 dan 40
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? 

Ayat-ayat ini secara total menolak fahaman bahawa Al Quran amat sukar untuk difahami dan kalau membaca tanpa guru boleh menyesatkan.

Dengan ayat diatas, dari manakah datangnya fahaman bahawa hanya membaca tanpa difahami mendapat pahala yang banyak??

Baca Dalam Bahasa Arab sebab Bahasa Arab itu Bahasa Suci

Semua kitab diturun didalam bahasa Nabi yang kitab tu diturunkan. Zabur, Torah dan Injil diturun dlm bahasa Hebrew sebab Nabi2nya berbangsa Yahudi. Al Quran pula diturun dlm bahasa Arab sebab Nabi Muhammad berbangsa Arab.

Tujuan kitab2 diturun dlm bahasa Nabinya supaya Nabi boleh menyampaikan dalam bahasa yang dia sendiri dan mereka yang disampaikan itu memahaminya.

Dalil Al Quran bahasa Arab kerana Nabi bangsa Arab

Surah 41:44
Dan jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab?

Sekiranya Al Quran diturun kepada bukan Arab akan tetapi disampaikan kepada orang Arab, sudah pasti mereka tak akan percaya.

Surah 26:198-199
Dan kalau Al Quran itu Kami turunkan kepada salah seorang dari golongan bukan Arab lalu ia membacakannya kepada mereka (orang-orang kafir); niscaya mereka tidak akan percaya kepadanya.

Nabi juga pernah dituduh yang dia belajar Al Quran dari orang lain berbangsa Ajam. Tetapi Allah menolak tuduhan itu dengan ayat ini yg bermaksud, bagaimana Nabi nak faham bahasa Ajam dan selepas itu sampaikan Al Quran dalam bahasa Arab? Perhatikan ayat ini:-

Surah 16:103
Dan sesungguhnya Kami mengetahui bahwa mereka berkata: "Sesungguhnya Al Quran itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad)". Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahwa) Muhammad belajar kepadanya bahasa 'Ajam, sedang Al Quran adalah dalam bahasa Arab yang terang.

Allah juga berulang kali menjelaskan tujuan Al Quran di turun dalam bahasa Arab supaya yang disampaikan dapat MEMAHAMI nya.

Surah 42:7
Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya serta memberi peringatan ...

Surah 12:2
"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya."

Surah 43:3
"Sesungguhnya Kami menjadikan Al Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memahami(nya)."

Oleh kita harus memahami Al Quran dengan belajar bahasa Arab atau dibaca dlm bahasa yg kita fahami.

Ini adalah mustahak sebab Al Quran itu TIDAK LAIN melainkan petunjuk yg memberi penerangan, pelajaran, amaran etc.

Surah 3:138
(Al Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.

Surah 6:90
Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh ummat.

Surah 36:69
Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan.

Surah 38:87
Al Quran ini tidak lain hanyalah peringatan bagi semesta alam

Masih ragu- ragu lagi.....Mungkin video ini dari Mufti Menk boleh mengurangkan keraguan.



https://www.youtube.com/watch?v=JuckLXyXh6w

Malah Mufti juga mensyorkan agar kita menggunakan Al Quran yang  dialih bahasa Inggeris versi Sahih International untuk menghayati Al Quran supaya difahami.

Tidak perlu juga risau akan sesat kalau membaca Al Quran dalam bahasa yang difahami kerana petunjuk itu hanya dari Allah.

Sememangnya sukar untuk mengikis kepercayaan yang sudah tebal didada. Moga dengan doa dan keinginan yang mendalam untuk memahami Al Quran, Allah perkenankan....

Hayati ayat-ayat ini sebagai penutup artikel ini.

Surah Al Hajj - 22 ayat 16
Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al Quran yang merupakan ayat-ayat yang nyata, dan bahwasanya Allah memberikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.  

Surah Asy Syuura - 42 ayat 52
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. 


Moga dikurnai Petunjuk



Credit Transactions According to Al Quran

  In the Name of God, Most Gracious, Most Merciful We often hear words like "Shariah Compliant" or "Shariah Compliance" ...