Monday, May 4, 2020

Suatu Salah Faham - Sedekah Lebih Afdal bulan Ramadhan dan Zakat Sekali Setahun?

Dengan Nama mu Ya Allah, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Sejak dari kecil, saya diajar dan difahamkan bahawa:-
(i)     bersedekah di bulan Ramadhan adalah lebih afdal dan mendapat pahala yang banyak
(ii)    dan berzakat pendapatan itu harus dikumpul sehingga setahun dan dibayar setahun sekali
(iii)   sedekah tidak sama dengan zakat. Sedekah itu amal baik manakala zakat pula ada wajib.

Saya juga difahamkan, orang yang layak mendapat zakat hanyalah golongan, fakir, miskin, amil, mualaf, musafir, orang berhutang, untuk memerdekan seseorang dan untuk jalan Allah.

Golongan-golongan ini disebut di dalam :-

Surah At Taubah ayat 60
Sesungguhnya sedekah-sedekah itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, orang-orang yang menguruskan, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan 

Yang jelas pada saya ialah ayat ini mengenai "sedekah" dan bukannya zakat.  Para ulamak memberi berbagai hujah mengatakan sedekah yang di maksudkan oleh Allah di dalam ayat tersebut sebenarnya ialah "zakat".

Pada hemat saya ini bukannya ayat "mutasyaabihaat", tetapi adalah ayat "muhkamaat" yang jelas dan nyata. (Surah Al Imran - 3 ayat 7). Sekiranya ayat ini mengenai sedekah, siapakah pula golongan yang boleh menerima zakat?

Selama berabad lamanya, saya melihat bagaimana orang Islam kita terburu-buru memberi sedekah pada bulan Ramadhan terutamanya kepada anak-anak yatim sehingganya berlaku pembaziran. Yang menyedihkan pada bulan-bulan selain Ramadhan, rumah anak-anak yatim ini terpaksa menagih simpati meminta-minta pertolongan.

Sering terdetik dihati suatu ketika dulu, mengapa Allah mensyariatkan sedemikian sedangkan orang miskin, musafir, mualaf, orang berhutang dan keperluan kejalan Allah adalah setiap masa dan bukan hanya pada bulan Ramadhan....

Kematian juga pada bila-bila masa. Kenapa perlu tunggu bulan Ramadhan dan setahun sekali untuk bersedekah dan setahun sekali membayar zakat.? Malah bersedekah dan berzakat dibulan-bulan lain selain Ramadhan mungkin lebih afdal kerana ramai yang menagih pertolongan berbanding bulan Ramadhan dan keberangkalian untuk membazir adalah amat rendah berbanding pada bulan Ramadhan, sebab semua orang berebut-rebut untuk bersedekah.

Puas aku mencari dalil Al Quran mengenainya tapi tak jumpa. Malah dalil-dalil Al Quran yang digunakan para ulamak juga tidak secara langsung mengatakan lebih afdal bersedekah bulan Ramadhan. Malah tiada satu hadith pun yang digunakan sebagai dalil yang mana Rasulullah bersabda bahawa bersedekah di bulan Ramadhan itu lebih afdal.

Dalam sebuah hadith Bukhari, kitab Shaum 1789, diriwayatkan “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril.

Hadith ini yang sering dijadikan dalil juga tidak secara langsung menyatakan lebih afdal bersedekah dibulan Ramadhan. Rasulullah seorang yang paling dermawan bermakna, beliau sentiasa bermurah hati berderma sepanjang masa. Di bulan Ramadhan, beliau lebih berderma dari masa-masa lain. Kenapa beliau bertindak demikian tidak dijelaskan.

Pada hemat saya sekiranya kita ingin menurut sunah beliau, kita seharusnya bersedekah sepanjang masa dahulu. Selepas itu barulah kita lebih bersedekah di bulan Ramadhan. Itu pun dengan tidak berlebih-lebihan sehingga terjadinya pembaziran.

Dan ini adalah lebih konsisten dengan kesemua dalil-dalil didalam Al Quran mengenai, sedekah, infak dan zakat.

Surah Al Munafiqun - 63 ayat 10
Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" 

Surah At Thalaaq-65 ayat 7. 
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan. 

Surah Al Imran - 3 ayat 133-134
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. 


Dari ayat-ayat diatas, Allah memberi perumpamaan bagaimana manusia yang sudah mati berharap agar Allah menangguhkan kematiannya supaya dia boleh bersedekah. Oleh itu, kita seharusnya mengambil peluang ini sebelum sampai ajal. Bermakna juga tak perlu tunggu Ramadhan atau sehingga akhir tahun.

Surah At Thalaaq dan Al Imran di atas pula jelas bahawa kita seharusnya bersedekah ketika lapang dan juga sempit, menurut kemampuan kita.

Zakat pula dalam bahasa Arab berasal daripada perkataan "Zaka" yang bermaksud "Suci". Menurut Al Quran, bersedekah, bernafkah dan memberi harta adalah sesuatu pensucian. Dan pensucian ini pula adalah sesuatu yang perlu dilakukan oleh seseorang sepertk sabda Allah:-

Surah Al Muqminun - ayat 1-4
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,  dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang melakukan zakat (pensucian), 

Sedekah pula adalah suatu perbuatan  Pensucian or Zaka. 

Surah At Taubah 103
"Ambillah Sedekah dari sebagian harta mereka, dengan sedekah itu membersihkan dan mensucikan mereka..."

Surah At Taubah ayat 60 pula menyenaraikan golongan yang layak menerima sedekah.

Amalan bersedekah atau amal ini, sering dikaitkan dengan Nafkah didalam. Al Quran.
Nafkah bermaksud membelanjakan dari apa yg Allah rezekikan.

Surah Al Baqarah 3


"..yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka."

Allah merezekikan kepada kita dlm berbagai bentuk, wang gaji, hasil tanaman, keuntungan perniagaan, keuntungan jual beli...Kita pula dikehendaki menafkahkan yang baik-baik sahaja dan bukannya sesuatu yang kita sendiri tidak mahu. Contohnya, menjadi kebiasaan manusia memberi pakaian-pakaian lama yang lusuh yang sipemberi sendiri tidak mahu lagi. Ini bukannya yang di tuntut di dalam Islam. Renungkan ayat ini.


Surah Al Baqarah -2 ayat 267
Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untukmu. Janganlah kamu memilih yang buruk untuk kamu keluarkan, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata (enggan) terhadapnya. Dan ketahuilah bahwa Allah Mahakaya, Maha Terpuji.

Selain daripada Sedekah dan Nafkah sebagai Pensucian atau Zakat, Memberi Harta juga merupakan suatu Pensucian atau Zakat.

Surah Al Lail - 92 ayat 17 - 18
"Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa dari neraka itu, yang memberikan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya (ya tazakka),"



Harta-harta ini pula boleh diberikan kepada:-
(i)    kaum keluarga
(ii)   anak-anak yatim
(iii)  orang-orang miskin
(iv)  musafir
(v)   orang yang meminta-minta.


Surah Al Baqarah - 2 ayat 177

"...dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta"



Jumlah atau kadar nafkah, Allah tidak tentukan. Allah hanya mengajar Rasulullah menyatakan "Yang lebih dari keperluan"..


Surah Al Baqarah 219
"Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,"

"...dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Kami".



Berdasarkan ayat-ayat diatas, Sedekah dan Nafkah merupakan suatu pensucian iaitu  Zakat. Dan pensucian in perlu dilakukan pada bila-bila masa, dalam keadaan apa sekali pun selagi ada hayat, Allah juga menyuruh kita melakukanya pada masa sempit dan juga lapang.

Sempit dan lapang berlaku bila-bila masa ...begitu juga mereka yg layak menerima Zakat yang berupa Sedekah dan nafkah ini, berhak menerima bila2 masa aje.

Kalau nak tunggu setahun baru boleh diagihkan...banyak yang akan mati kebulur.
Kalau zakat dari rezeki buah tanaman harus tunggu setahun, alamatnya orang fakir dapat buah busuklah...

Ayat Al Quran seterusnya menjelaskan bahawa pemberian hak iaini sedekah atau zakat itu harus diberi pada hari memetik/menuai. Dalam erti lain pada hari kita menerima rezeki dari Allah.

Surah al An'aam - 6 ayat 141 
Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon korma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan. 

Dalam keadaan dimana dunia dilandak wabak Covid19, adakah lebih afdal memberi sedekah, nafkah dan memberi harta sebagai Zakat (pensucian) di bulan Ramadhan atau ketika keadaan kritikal penularannya sebelum Ramadhan??

Pada saya, hukum Allah itu jelas dan praktikal dan telah diturunkan melalui Al Quran 1400 tahun yang lalu dan masih praktikal sehingga kini. Saya kurang pasti dari mana asalnya fahaman yang berlainan daripadanya. 

Rahmat Allah itu meliputi segala sesuatu dan mereka yg benar percaya akan ayat2 Allah.

Surah Al Araf 156
"...dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang melakukan zakat dan orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Kami".

Saya pasti ada yang masih ragu-ragu sebab ianya bukan diolah dari seseorang yang berjubah dan berjanggut. Mungkin video ini dari Mufti Menk boleh mengurangkan keraguan.





Mungkin messaage yang di beri dari video ini adalah disebabkan Covid19, maka ada pengecualian di dalam fahaman sebelum ini mengenai afdalnya bersedekah di bulan Ramadhan..

Pada hemat, ini bukan pengecualian tetapi yang hakikat yang diturunkan Allah melalui ayat-ayatNya. Samada ada yang bersetuju atau tidak - Atahmu.

Moga dikurnia petunjuk

No comments:

Post a Comment

Credit Transactions According to Al Quran

  In the Name of God, Most Gracious, Most Merciful We often hear words like "Shariah Compliant" or "Shariah Compliance" ...