Friday, May 8, 2020

Khatam atau Faham Al Quran ?

Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.

Kita semua diajar bahawa Al Quran itu adalah PETUNJUK untuk kita ke Jannah (Taman syurga).  Iaitu, PETUNJUK dalam mengemudi kehidupan seharian..."

Sebagai petunjuk mengemudi, ianya haruslah difahami. Seperti peta dan signboard arah...kena faham bahasa peta dan signboard dan pada masa yg sama kena belajar bagaimana nak baca peta.

Bayangkanlah, untuk ke sesuatu destinasi, anda diberi peta dalam bahasa Jepun dan anda pula tidak tahu berbahasa Jepun. Sambil memandu, anda membaca peta Jepun atau mendengar arahan dalam bahasa Jepun melalui Waze atau Google Map. Apakah keberangkalian anda akan sampai ke destinasi?

Begitu juga Al Quran, sekiranya ianya dibaca tanpa difahami, apakah keberangkalian ianya menjadi pelajaran, peringatan dan petunjuk kepada pembacanya?

Tradisi Khatam dan Menghafal Al Quran

Akan tetapi, dari kecil kita diajar betapa besarnya pahala kalau khatam Al Quran iaitu membaca keseluruhan 114 surah dalam bahasa Arab. Sekiranya dapat menghafal keseluruhan Al Quran dalam bahasa Arab, seseorang itu akan dinaikkan taraf dan digelar "Hafiz".

Mesej yang kebanyakkan kita pelajari dari Al Quran, sebenarnya bukanlah dari pembacaan kita sendiri, tetapi dari apa yang kita dengar dari orang lain...iaitu, uztaz-uztaz, guru-guru dan mungkin juga ahli keluarga dan sahabat.

Berhati-hati Membaca Al Quran Tanpa Guru - Nanti Sesat

Kebanyakkan kita juga enggan cuba untuk memahami Al Quran kerana sering diigau atau diugut dengan perasaan "takut sesat" kalau baca Al Quran untuk difahami tanpa bimbingan guru. Ini adalah kerana, Al Quran ini difahamkan amatlah sukar untuk difahami kerana terlalu kompleks.

Membaca Al Quran Menurut Al Quran

Mari kita amati  ayat-ayat Allah di dalam Al Quran mengenai perkara ini.

(i)   Adakah Al Quran untuk Kita Bertaranum dan Membaca Tanpa Fahami

Surah Sad, Ayat 29
Kitab (Al-Qur'an) yang Kami turunkan kepadamu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sehat mendapat pelajaran.

Dari ayat ini, yang jelas Al Quran adalah untuk pelajaran. 

Ianya diturunkan dengan pernuh berkah iaitu mengandungi pengisian yang memberi penuh makna supaya memberi manfaat kepada sipembaca. Ciri-ciri berkah ini juga dijelaskan di dalam Al Quran yang menjelaskan segala sesuatu.

Surah An Nahl - 16 ayat 89
Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. 

Antara ciri-ciri Al Quran adalah:-
(i)    Disusun rapi, jelas dan terperinci - Surah Huud ayat 1
(ii)   Ayat-ayat yang nyata - Surah Yusuf ayat 1
(iii)  Tiada kebengkokkan di dalamnya  - Surah Al Kahfi ayat 1
(iv)   Tiada yang dilupakan atau tertinggal - Surah Al An'aam ayat 38
(v)    Perkataan paling baik didalamnya - Surah Az Zumar ayat 23

Bagaimanakah ayat-ayat yang penuh berkah ini boleh menjadi pelajaran kepada pembacanya? Surah Sad ayat 29 diatas menjelaskan Allah menurunkan Al Quran agar kita menghayati ayat-ayatnya.

Malah Allah berulang-ulang kali didalam Surah Al Qamar berfirman sambil bertanya kepada manusia mengapakah manusia tidak mengambil pelajaran daripada Al Quran sedangkan Allah telah mempermudahkan Al Quran untuk manusia.

Surah Al Qamar ayat 17, 22, 32 dan 40
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? 

Ayat-ayat ini secara total menolak fahaman bahawa Al Quran amat sukar untuk difahami dan kalau membaca tanpa guru boleh menyesatkan.

Dengan ayat diatas, dari manakah datangnya fahaman bahawa hanya membaca tanpa difahami mendapat pahala yang banyak??

Baca Dalam Bahasa Arab sebab Bahasa Arab itu Bahasa Suci

Semua kitab diturun didalam bahasa Nabi yang kitab tu diturunkan. Zabur, Torah dan Injil diturun dlm bahasa Hebrew sebab Nabi2nya berbangsa Yahudi. Al Quran pula diturun dlm bahasa Arab sebab Nabi Muhammad berbangsa Arab.

Tujuan kitab2 diturun dlm bahasa Nabinya supaya Nabi boleh menyampaikan dalam bahasa yang dia sendiri dan mereka yang disampaikan itu memahaminya.

Dalil Al Quran bahasa Arab kerana Nabi bangsa Arab

Surah 41:44
Dan jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab?

Sekiranya Al Quran diturun kepada bukan Arab akan tetapi disampaikan kepada orang Arab, sudah pasti mereka tak akan percaya.

Surah 26:198-199
Dan kalau Al Quran itu Kami turunkan kepada salah seorang dari golongan bukan Arab lalu ia membacakannya kepada mereka (orang-orang kafir); niscaya mereka tidak akan percaya kepadanya.

Nabi juga pernah dituduh yang dia belajar Al Quran dari orang lain berbangsa Ajam. Tetapi Allah menolak tuduhan itu dengan ayat ini yg bermaksud, bagaimana Nabi nak faham bahasa Ajam dan selepas itu sampaikan Al Quran dalam bahasa Arab? Perhatikan ayat ini:-

Surah 16:103
Dan sesungguhnya Kami mengetahui bahwa mereka berkata: "Sesungguhnya Al Quran itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad)". Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahwa) Muhammad belajar kepadanya bahasa 'Ajam, sedang Al Quran adalah dalam bahasa Arab yang terang.

Allah juga berulang kali menjelaskan tujuan Al Quran di turun dalam bahasa Arab supaya yang disampaikan dapat MEMAHAMI nya.

Surah 42:7
Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya serta memberi peringatan ...

Surah 12:2
"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya."

Surah 43:3
"Sesungguhnya Kami menjadikan Al Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memahami(nya)."

Oleh kita harus memahami Al Quran dengan belajar bahasa Arab atau dibaca dlm bahasa yg kita fahami.

Ini adalah mustahak sebab Al Quran itu TIDAK LAIN melainkan petunjuk yg memberi penerangan, pelajaran, amaran etc.

Surah 3:138
(Al Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.

Surah 6:90
Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh ummat.

Surah 36:69
Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan.

Surah 38:87
Al Quran ini tidak lain hanyalah peringatan bagi semesta alam

Masih ragu- ragu lagi.....Mungkin video ini dari Mufti Menk boleh mengurangkan keraguan.



https://www.youtube.com/watch?v=JuckLXyXh6w

Malah Mufti juga mensyorkan agar kita menggunakan Al Quran yang  dialih bahasa Inggeris versi Sahih International untuk menghayati Al Quran supaya difahami.

Tidak perlu juga risau akan sesat kalau membaca Al Quran dalam bahasa yang difahami kerana petunjuk itu hanya dari Allah.

Sememangnya sukar untuk mengikis kepercayaan yang sudah tebal didada. Moga dengan doa dan keinginan yang mendalam untuk memahami Al Quran, Allah perkenankan....

Hayati ayat-ayat ini sebagai penutup artikel ini.

Surah Al Hajj - 22 ayat 16
Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al Quran yang merupakan ayat-ayat yang nyata, dan bahwasanya Allah memberikan petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.  

Surah Asy Syuura - 42 ayat 52
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. 


Moga dikurnai Petunjuk



No comments:

Post a Comment

Credit Transactions According to Al Quran

  In the Name of God, Most Gracious, Most Merciful We often hear words like "Shariah Compliant" or "Shariah Compliance" ...